BENGKEL KESEDARAN TERHADAP PERUBAHAN IKLIM SEMPENA HARI BUMI 2025

Admin Avatar

Temerloh, 23 April 2025 – Unit SmartGreen Kolej Komuniti Temerloh telah berjaya menganjurkan Bengkel Kesedaran Terhadap Perubahan Iklim sempena sambutan Hari Bumi 2025 yang telah disampaikan oleh Cik Siti Nur Syahirah binti Mat Taha, Certified Sustainability Practitioner. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan tentang isu-isu perubahan iklim, kesan negatif terhadap alam sekitar dan bagaimana ia memberi impak kepada kehidupan seharian.

Semoga segala ilmu yang diperolehi menjadi titik mula untuk perubahan yang lebih hijau dalam kehidupan seharian. Terima kasih atas penyertaan dan komitmen semua peserta.

Bersama kita jaga bumi, demi masa depan yang lebih baik.

Views: 0