Temerloh, 22 April 2025 – Unit SmartGreen Kolej Komuniti Temerloh telah berjaya menganjurkan Program Penghijauan Bumi sempena sambutan Hari Bumi 2025 dengan aktiviti penanaman pokok-pokok herba di Laman Herba Kolej Komuniti Temerloh. Ini merupakan salah satu inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga kolej terhadap pemuliharaan alam sekitar. Program ini berlangsung dengan penyertaan staf, pelajar dan pekerja kebersihan Kolej Komuniti Temerloh.
Sebanyak 60 pokok telah berjaya ditanam sebagai simbol komitmen untuk memelihara dan memulihkan bumi tercinta. Terima kasih Pejabat Pertanian Daerah Temerloh yang telah menyumbang anak-anak pokok bagi menjayakan program ini.














Views: 0