Temerloh, 4 Mac 2025 – Projek Tadahan Air Penyaman Udara telah berjaya dilaksanakan di lokasi terpilih iaitu di Blok A, Kolej Komuniti Temerloh dengan kerjasama pelajar-pelajar Sijil Penyelenggaraan Bangunan. Projek ini merupakan projek rintis di bawah kelolaan Pengurus Projek bidang tumpuan 5 (BT5 – Pengurusan Air).
Projek ini adalah bertujuan memberi pendedahan tentang kepentingan penggunaan air yang efisien dan berusaha memulihara sumber air. Air penyaman udara boleh diguna semula untuk menyiram tanaman, mencuci lantai dan longkang dan lain-lain kegunaan. Secara tak langsung dapat mengurangkan pembaziran air dan juga mempelajari tentang kecekapan penggunaan air demi masa depan yang lestari.








