Temerloh, 10 Mac 2025 – Proses penuaian dan jualan bagi hasil tanaman hidroponik iaitu sawi bunga telah berlangsung di Kolej Komuniti Temerloh. Penuaian ini adalah hasil daripada penanaman yang telah dijalankan pada 10 Februari 2025 dan tempoh pembesaran tanaman hidroponik ini adalah selama 6 minggu. Hasil penuaian sayur hidroponik ini dijual kepada staf Kolej Komuniti Temerloh. Projek ini merupakan projek kedua yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Smartgreen Kolej Komuniti Temerloh di bawah bidang tumpuan 1 (BT1- Pengurusan Pendidikan dan Penyelidikan) dan bidang tumpuan 3 ( BT3 – Pengurusan Alam Sekitar).
Melalui penggunaan teknologi hijau dalam pertanian, hidroponik bukan sahaja membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau tetapi juga menyumbang kepada keseimbangan ekologi di dalam kampus dan persekitaran. Projek ini adalah langkah ke arah kampus yang lebih hijau dan mampan.








